Connect with us

Oh! Media

Tiba-Tiba Kena Cancel Dan Ramai Terlepas Flight, Staff Pula Biadap Suruh Penumpang Beli Tiket Baru Macam Murah

flight

Trending

Tiba-Tiba Kena Cancel Dan Ramai Terlepas Flight, Staff Pula Biadap Suruh Penumpang Beli Tiket Baru Macam Murah

Bagi mereka yang menaiki kapal terbang untuk menuju ke destinasi adalah kerana ia lebih mudah dan hanya mengambil masa yang singkat. Bagaimanapun, harga tiket kapal terbang tidaklah murah dan selalunya mencecah ratusan hingga ribuan ringgit untuk satu perjalanan pergi dan balik, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.

ADVERTISEMENT

Oleh sebab itu, jika penerbangan dibatalkan ia sesuatu yang sangat mengecewakan kerana duit yang telah dikeluarkan tidak dapat diganti semula.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Imad di mana dia terlepas penerbangannya kerana servis syarikat penerbangan yang sangat menyedihkan.

Menurutnya di ruangan komen, kaunter yang dibuka untuk ‘drop-off’ bagasi sangat terhad dan menyebabkan ramai orang terlepas ‘flight’.

Menerusi video itu juga, staf di situ dikatakan bersikap biadap dan menyalahkan pelanggan serta menyuruh pelanggan untuk membeli tiket baru bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ada juga perkongsian lain di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @keynaaa_azami di mana tiket penerbangannya dibatalkan secara tiba-tiba.

Perkara yang berlaku menyebabkan ramai pelanggan berasa tidak puas hati dan menyatakan bahawa tiket kapal terbang bukanlah sesuatu yang murah dan berharap syarikat penerbangan berkenaan membuat sistem yang lebih teratur agar pelanggan tidak terlepas penerbangan kerana kesalahan pengurusan syarikat tersebut.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas