Connect with us

Oh! Media

“Tiada Ganjaran Buat Ziyad Zolkefli” – Ahmad Faizal

Trending

“Tiada Ganjaran Buat Ziyad Zolkefli” – Ahmad Faizal

Baru-baru ini, isu membabitkan atlet Paralimpik negara, Ziyad Zolkefli akhirnya menemui noktah selepas dia bersama jurulatihnya terbukti lewat tiba di ruangan menunggu (Call Room).

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Penantian’ Berakhir, Ini Rumusan Akhir Membabitkan Isu Ziyad Zolkefli

Hal itu berdasarkan rumusan daripada Jawatankuasa Siasatan Dalaman termasuklah dari sesi temubual dan dokumen-dokumen yang diperoleh.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ziyad serta jurulatihnya gagal membuktikan mereka telah tiba pada waktu yang ditetapkan oleh pihak Paralimpik Tokyo.

Oleh sebab itu, beliau menggesa agar semua pihak lebih peka terhadap perkara itu dan tindakan susulan akan diambil jika insiden tersebut berulang lagi.

Tiada ganjaran SHAKAM kepada Ziyad Zolkefli

Dalam pada itu, Ahmad Faizal juga turut menyatakan bahawa alet pelontar peluru negara itu tidak akan menerima ganjaran menerusi skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Perkara itu diulaskannya ketika beliau ditemui di majlis pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) hari ini mengenai ganjaran membabitkan Ziyad.

Menurutnya, walaupun atlet itu tidak menerima habuan daripada SHAKAM, namun dia bakal menerima habuan daripada pihak lain yang tiada kena mengena dengan peruntukan kerajaan.

Saya akan berhubung dengan Ziyad bagi berbincang mengenai ganjaran berkenaan. Ada pihak lain yang ingin memberi tawaran kepada beliau Ziyad kerana melihat kejayaannya pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu itu.

Tambahnya, beliau tidak akan menyatakan jenis ganjaran yang akan diterima Ziyad kecuali atlet itu sendiri yang memaklumkannya.

Selain itu, Ahmad Faizal juga turut ditanya sama ada ganjaran tersebut akan diberi daripada pihak swasta, korporat atau pun individu, bagaimanapun beliau enggan mendedahkannya.

Tentunya kita faham bahawa dalam menguruskan perbelanjaaan kerajaan, tidak boleh sewenang-wenangnya kita beri ganjaran kerana ia tidak termasuk dalam SHAKAM.

Namun, semua nampak bahawa Ziyad perlu diberikan sedikit ganjaran sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan media kerana membuka mata ramai pihak untuk memberikan ganjaran kepada atlet tersebut selepas isu ini dihebahkan mereka.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas