Connect with us

Oh! Media

Tertuduh Didakwa & Tiada Sebarang Pengakuan Lagi, Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan

Trending

Tertuduh Didakwa & Tiada Sebarang Pengakuan Lagi, Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan

Kes kematian Arwah adik Surya yang dipercayai mati dibunuh oleh rakannya sendiri ketika berada dirumah mangsa menggemparkan kita semua awal bulan lalu. Harini ini, tertuduh yang merupakan pelajar perempuan tingkatan enam itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret yang dibacakan dihadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

ADVERTISEMENT

BACA : Ibu Terlantar Sakit Hanya Mampu Melihat Anak Mati Dibunuh & Putus Tangan Kiri Depan Mata

Menurut laporan Harian Metro, Siti Nur Athirah Azmi didakwa dimahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh akan berdepan hukuman mati. Sebutan semula kes telah ditetapkan dan akan berlangsung pada 10 Januari 2021 nanti di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Walaubagaimanapun, masih tiada apa-apa pengakuan lagi yang direkodkan tertuduh hari ini.
Sebelum ini, ibu kepada suspek sendiri yang menghantarnya ke pihak polis bagi siasatan lanjut.

BACA : Suspek Tingkatan 6 Dipercayai Bunuh Kawan Sekolah Nur Surya

Sebelum ini, suspek telah direman selama 14 hari bagi menjalani siasatan lanjut tentang kes ini. Semaga keluarga Arwah terus cekal menghadapi dugaan ini. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca tertuduh didakwa hari ini di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas