×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Tertarik Dengan Iklan Pinjaman Wang, Pelajar Kerugian RM6,360

Oh! Tidak

Tertarik Dengan Iklan Pinjaman Wang, Pelajar Kerugian RM6,360

Tidak disangkal lagi bahawa banyak kejadian yang melibatkan masyarakat yang mudah untuk mempercayai iklan pinjaman wang yang kononnya ‘berlesen’ demi mendapatkan wang segera, tetapi ia cumalah satu penipuan.

Kejadian yang sama yang mana seorang pelajar dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM6,360 selepas terpedaya dengan sendiket pinjaman wang di sebuah laman web baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pelajar yang berusia 22 tahun itu tertarik dengan iklan yang ditayangkan di laman web tentang pinjaman wang itu dan dia terus mendaftarkan butir peribadinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof

Mangsa kemudian mendaftarkan butir peribadi sebelum dihubungi seorang lelaki kononnya daripada sebuah syarikat pinjaman wang.

Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang RM1,000 dengan syarikat berkenaan.

Mangsa berkata, bagi mendapatkan wang yang ingin dipinjam, mangsa dikehendaki membuat pelbagai bayaran melibatkan 5 transaksi yang diberikan oleh suspek sehingga mencecah RM6,360! Fuh

Pelajar tersebut telah melakukan pembayaran melibatkan 5 transaksi kepada suspek (Gambar Hiasan)

Sehingga kini, mangsa masih belum menerima wang pinjaman sebaliknya disuruh melakukan bayaran lagi.

Mangsa juga menerima panggilan kononnya daripada majikan syarikat berkenaan yang memarahi mangsa sebab melanggar perjanjian dan memintanya memasukkan wang sebanyak RM1,260 ke akaun sama.

Terasa ditipu, mangsa terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenankan denda

Dipahamkan mangsa terpaksa meminjam wang dari ahli keluarga, rakannya serta wang simpanannya sendiri bagi membayar wang kepada suspek.

ADVERTISEMENT

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top