Connect with us

Oh! Media

Terperangkap Di Kampung Halaman Semasa PKP? Kerajaan Beri Tempoh, Kelonggaran Untuk Pulang

Trending

Terperangkap Di Kampung Halaman Semasa PKP? Kerajaan Beri Tempoh, Kelonggaran Untuk Pulang

Kelmarin baru saja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengumumkan pelaksaan PKP di enam buah negeri yang akan berkuatkuasa pada hari ini. Ohmedia yakin pasti ada antara korang yang kini berada di kampung halaman dan tak sempat untuk pulang ke rumah masing-masing, betul tak? 

ADVERTISEMENT

Korang jangan risau kalau nak balik ke rumah sendiri sebab kerajaan telah beri tempoh kepada korang selewat-lewatnya Jumaat ni. Ingat ya gais, Jumaat! Janganlah pula korang lambatkan lagi dan beri alasan.

Menerusi laporan Harian Metro, kelonggaran ini diberikan selepas mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kelonggaran hanya akan diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu (kerana) ada yang saya difahamkan, melawat keluarga yang sakit di hospital dan akan pulang dua hari lagi, iaitu Khamis misalnya.

Maka saya sudah bincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri).

Jadi jangan bimbang kalau mereka terperangkap di kampung seperti dulu, masa PKP dulu sehingga kita terpaksa buat program khas untuk benarkan yang terperangkap balik, cuma, yang mana ada di kampung dan belum pulang saya harap pulang segera paling lewat pun Jumaat ini.

Selepas kelonggaran yang diberikan ini, Ismail Sabri berharap tiada lagi rakyat yang terperangkap selama 2 minggu di kampung halaman ketika pelaksanaan PKP 2.0 ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas