Connect with us

Oh! Media

Terpedaya Dengan Skim Pelaburan Emas Dalam Talian, 3 Individu Rugi RM120k

Emas

Trending

Terpedaya Dengan Skim Pelaburan Emas Dalam Talian, 3 Individu Rugi RM120k

Tiga individu yang ingin mendapat keuntungan lumayan secara mudah akhirnya mengalami kerugian sebanyak RM120,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan emas dalam talian.

ADVERTISEMENT

BACA : Gara-Gara Kerja Sambilan, Lelaki Rugi RM50,000

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 25 hingga 50 tahun itu terpedaya dengan janji manis sindiket pelaburan yang menawarkan pakej murah dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Hanya dalam tempoh 3 hari, skim pelaburan emas itu kononnya menawarkan pulangan sehingga 11 peratus dengan pakej murah serendah RM300 untuk permulaan. 

Mangsa melakukan beberapa transaksi ke akaun sindiket dengan jumlah keseluruhan RM120,000. Mangsa dikatakan terpengaruh dengan skim itu menerusi hebahan daripada kenalan serta laman web tertentu.

Selepas ketiga-tiga mangsa menyedari akan tidak kesahihan perkara ini, mereka terus membuat laporan polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Apapun, jangan mudah terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian. Punyalah nak cepat kaya, akhirnya diri sendiri yang rugi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas