Connect with us

Oh! Media

Terlanggar Khinzir, Suami Parah Dan Isteri Maut

terlanggar khinzir

Oh! Tidak

Terlanggar Khinzir, Suami Parah Dan Isteri Maut

Kejadian di Jalan Air Mawang, Kuala Pilah, pasangan suami isteri terlibat dengan satu kemalangan apabila motosikal yang dipandu suami terlanggar seekor khinzir.

ADVERTISEMENT

BACA: Langgar Lembu Melintas, Bayi 14 Hari Meninggal Dunia

Menerusi laporan Kosmo, kejadian berlaku apabila suami yang menunggang motosikal terlanggar khinzir sewaktu perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabas di Kilometer 2 jalan Air Mawang.

Langgar khinzir yang sedang melintas

motosikal yang dinaiki mangsa (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani memaklumkan, kejadian itu berlaku pada 8.15 pagi dan mangsa, Norlela Mohamed Sharif, 35, telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan membuatkan dia meninggal dunia.

Manakala suaminya, Karim Amrullah Ab. Maid, 40, mengalami kecederaan parah pada kepala dan telah dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal itu telah melanggar seekor binatang dipercayai babi yang sedang melintas jalan menyebabkan mereka hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas jalan.

Kemalangan ini telah mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan kehilangan isterinya yang tercinta. Mayat mangsa kini dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk proses bedah siasat.

Semua yang membaca diharapkan untuk lebih berhati-hati ketika memandu kerana kemalangan seperti ini sudah kerap kali berlaku. Sentiasa ingatkan keluarga tersayang, lebih-lebih lagi di kawasan haiwan liar melintas.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top