Connect with us

Oh! Media

Terima Notis Alih Tanaman Di Bahu Jalan, Penduduk Luah Rasa Kecewa

penduduk

Trending

Terima Notis Alih Tanaman Di Bahu Jalan, Penduduk Luah Rasa Kecewa

Penduduk Pintasan Kelicap, Bayan Lepas, Pulau Pinang mendesak campur tangan kerajaan negeri selepas pihaknya menerima notis daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meminta tanaman di atas tanah di bahu jalan dialihkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pekebun Mahu Rundingan, Tak Tahu Kawasan Diteroka Hutan Simpan

Dua notis bertarikh 22 Oktober dan 29 Oktober itu telah mengundang rasa kecewa penduduk berikutan tanaman telah diusahakan sejak 20 tahun lalu.

Kosmo! melaporkan, seramai 30 penduduk telah berhimpun secara aman merayu MBPP menarik balik notis arahan supaya mengalihkan ta­naman dan struktur tanpa kebenaran di bahu jalan berhadapan kediaman mereka.

Hanani Hassan selaku wakil penduduk berkata, lebih 50 tanaman bermusim se­perti harum manis, jambu, ciku, belimbing dan tumbuhan herba ditanam di kawasan itu.

Arahan yang diberikan tidak begitu jelas. Sepatutnya MBPP turun padang bertemu penduduk sebelum membuat sebarang keputusan.

Penduduk juga mengakui terkejut menerima notis beserta lampiran gambar meminta mereka mengalih dan menebang pokok dalam masa 14 hari.

Presiden Persa­tuan Pengguna Pulau Pinang, ­Mohideen Abdul Kader turut mempersoalkan mengapa baru sekarang pihak berkuasa tempatan bertindak sedangkan penduduk yang rata-ratanya warga emas telah menanamnya sejak berpindah ke situ.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Samsudin Hussain berkata, tanaman itu bukan sahaja menjadi tempat berteduh, malah membantu mengelakkan masalah debu di laluan utama.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas