Connect with us

Oh! Media

Tergamak Pukul Bini Sebab Tak Dapat Jumpa Anak Disaat Jalani Kuarantin

Polis

Trending

Tergamak Pukul Bini Sebab Tak Dapat Jumpa Anak Disaat Jalani Kuarantin

Lelaki tergamak memukul isterinya sehingga cedera selepas isterinya tidak membenarkannya berjumpa dengan anak kerana menjalani kuarantin.

ADVERTISEMENT

BACA : Suami Bunuh Lelaki Perkosa Isterinya Dijatuhkan Hukuman Penjara 8 Tahun

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Kosas, Ampang yang menyebabkan isterinya cedera pada lengan kini.

Walaubagaimanapun, mangsa yang berusia 31 tahun itu telahpun menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Suspek juga menghalau pengadu keluar dari rumah dan pengadu yang mengalami kecederaan luka di lengan kiri mendapat rawatan di hospital.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan suspek marah tidak dapat berjumpa empat anaknya berusia lapan bulan hingga tujuh tahun disebabkan mangsa bimbang dijangkiti kerana suspek menjalani kuarantin di rumah.

Polis telah menahan si suami dirumahnya dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas