Connect with us

Oh! Media

Tercampak Semasa Letupan, Anggota Bomba Parah Dan Meninggal Dunia

anggota bomba

Trending

Tercampak Semasa Letupan, Anggota Bomba Parah Dan Meninggal Dunia

Kejadian di Segamat, Johor, seorang anggota bomba telah meninggal dunia kerana terlibat dalam letupan ketika melakukan operasi memadam kebakaran di sebuah kilang.

ADVERTISEMENT

BACA: Anggota Bomba Lemas Hembuskan Nafas Terakhir Awal Pagi Tadi

Menerusi laporan Utusan, Allahyarham Pegawai Bomba Mohd. Firdaus Sulaiman, 32 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.15 pagi tadi di Hospital Segamat.

Berlaku letupan yang menyebabkan runtuhan

anggota bomba

Mangsa merupakan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat dan telah ditugaskan untuk memadam kebakaran di sebuah kilang proses habuk kayu pada hari Sabtu lalu, jam 5.15 pagi.

Semasa proses memadam api dilakukan, tiba-tiba satu letupan di tingkat tiga bangunan kilang tersebut telah berlaku dan menyebabkan struktur bangunan tersebut runtuh.

Beberapa orang telah terlibat dalam kemalangan tersebut, termasuk seorang lagi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP) Syed Putra Syed Mohd. Al Atas, 52, yang melecur di bahagian belakang kepala kerana terkena bahang letupan.

Jenazah Mohd Firdaus telah dibawa pulang ke kampung halaman untuk urusan pengebumian di Sikamat, Seremban di Negeri Sembilan.

Sungguh besar pengorbanannya kerana meninggal sewaktu menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa orang lain. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas