Connect with us

Oh! Media

Tengku Harap Usaha KWSP Dapat Penuhi Keperluan Rakyat

Trending

Tengku Harap Usaha KWSP Dapat Penuhi Keperluan Rakyat

Kita sedia maklum yang pihak kerajaan di bawah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini bertungkus-lumus melakukan perbincangan bersama pihak KWSP yang akhirnya membuahkan hasil yang membolehkan rakyat tersenyum.

ADVERTISEMENT

BACA: Ahli Boleh Keluarkan RM9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1 KWSP, Ini Syaratnya…

Malam tadi, KWSP telah memutuskan untuk mengwujudkan program i-Sinar dan ia adalah kesinambungan program i-Lestari sebelum ini.

Mendukung semangat prihatin rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan dan insentif untuk membolehkan rakyat menghadapi cabaran-cabaran semasa ekoran penularan wabak COVID-19.

Pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sejak Mac 2020 – PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN bernilai RM305 bilion, termasuk Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM322.5 bilion – adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk melindungi kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara berterusan. – Katanya.

Tengku Zafrul juga mengaharapkan agar pengeluaran RM9,000 hingga RM60,000 dari Akaun 1 pencarum ini dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa.

Pendaftaran i-Sinar akan bermula pada bulan Disember 2020 dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021. Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.my.

Nampaknya, banyak yang diberikan KWSP termasuklah dengan pengurangan caruman pekerja kepada 7% (tahun 2020) dan 9% (tahun 2021).

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas