Connect with us

Oh! Media

Adakah Ini Punca Mengapa Susah Benarkan Pencarum Keluarkan KWSP?

Trending

Adakah Ini Punca Mengapa Susah Benarkan Pencarum Keluarkan KWSP?

Sehingga ke hari ini, isu mengenai pengeluaran KWSP akaun 1 masih menjadi pembincangan di kalangan rakyat setelah pembentangan Bajet 2021 hanya membenarkan pengeluaran sebanyak RM500 setiap bulan selama 12 bulan tahun 2021.

ADVERTISEMENT

Jika jumlah itu dicampurkan, pencarum yang layak hanya dapat mengeluarkan RM6,000 berbanding RM10,000 secara one off seperti diharapkan rakyat Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul bagaimanapun telah mendedahkan data yang menunjukkan sekitar 42 peratus pencarum KWSP hanya memiliki purata baki simpanan di bawah RM5,000.

Dengan data yang ditunjukkan ini juga dikatakan menjadi sebab mengapa kerajaan terpaksa memastikan ia selamat untuk tempoh sederhana dan panjang rakyat.

Saya nak ceritakan apa yang belum diceritakan. Pencarum KWSP juga kita kena ada penyelesaian jangka panjang untuk pencarum mengenai isu struktur yang mana negara kita perlu tangani dalam masa sederhana.

Ini kerana data KWSP menunjukkan, 32 peratus daripada jumlah pencarum dalam KWSP hanya ada baki Akaun 1 secara purata RM1,000, manakala lagi 10 peratus ada purata baki dalam Akaun 1 sebanyak RM5,000. Maka jadi 42 peratus pencarum KWSP ada baki hanya purata RM5,000 ke bawah.

Ini satu daripada struktur isu jaringan keselamatan sosial…ini penting untuk kerajaan akan fokus dalam tempoh sederhana dan panjang

Bagaimanapun, Tengku Zafrul menjelaskan mereka telah berbincang dengan KWSP untuk menambah lagi jumlah pencarum yang layak untuk mengeluarkan simpanan mereka selama 12 bulan.

Dalam perbentangan Bajet 2021, sebanyak 600,000 ahli KWSP dijangkakan akan menerima manfaat pengeluaran ini dan Tengku Zafrul meminta agar ia lebih fleksibel supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati.

Hari ini juga dikatakan, KWSP akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 dan kita masih menanti kemaskini tersebut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas