Connect with us

Oh! Media

Bukan Lagi 14 Hari, Tempoh Kuarantin Wajib Jika Positif Wabak Kini Dikurangkan

Trending

Bukan Lagi 14 Hari, Tempoh Kuarantin Wajib Jika Positif Wabak Kini Dikurangkan

Sebelum ini, kalau ada individu yang disyaki positif atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, diorang semua perlu kuarantin diri selama 14 hari. Tapi, sekarang tempoh tersebut dah pun dikurangkan tau.

ADVERTISEMENT

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bermula hari ini, tempoh kuarantin wajib dah pun dipendekkan dari 14 hari kepada 10 hari. Keputusan tersebut bukannya sengaja dibuat untuk kesenangan pihak tertentu tapi telah pun dicapai berdasarkan laporan saintifik semasa. Bahkan kalau korang nak tahu, bukan Malaysia je yang kurangkan tempoh kuarantin wajib, negara lain pun sama.

Selaras dengan situasi semasa di Malaysia dan laporan klinikal dari seluruh dunia, tempoh kuarantin baru ini terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian tidak kira di pusat kuarantin yang dah diwartakan ataupun kediaman sendiri.

Bukan hanya Malaysia, tapi negara seperti United Kingdom, Jerman dan Belgium juga dah kurangkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 10 hari. Manakala negara Perancis pula dah pun kurangkan tempoh kuarantinnya kepada 7 hari sahaja.

Menurut Dr Hisham lagi, keputusan ini dicapai setelah semakan dilakukan terhadap bukti saintifik klinikal terkini yang menunjukkan jangkitan pasca-kuarantin akan berkurang mengikut tempoh masa kuarantin. Kadar kebolehjangkitan juga hanya ditunjukkan pada tahap tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.

Harapnya, ini juga merupakan tanda-tanda yang negara kita sudah mula menunjukkan improvement dalam menangani wabak pandemik ini. Apapun, harap semua terus kekal untuk patuh pada SOP dan jaga diri walau di mana jua anda berada.

Kredit: Astro Awani

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas