Connect with us

Oh! Media

Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup Sebab Banyak Sampah?

klia

Trending

Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup Sebab Banyak Sampah?

Wah best ye tengok ramai yang lepak dan kongsi gambar cantik-cantik dekat spot ambil gambar kapal terbang, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Kami pun tak sempat lagi nak pergi sana sebab ramai sangat orang pergi lepas viral hari tu, huhu.

ADVERTISEMENT

Tapi nampaknya, hasrat kami dan mungkin ramai lagi orang yang rancang nak ke sana tak tercapai. Ini selepas pihak pengurusan Malaysia Airports memutuskan untuk menutup kawasan terbabit.

Tutup sebab banyak sampah?

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Are Peace, kawasan viral itu telah ditutup atas faktor keselamatan. Masalah sampah yang terlalu banyak dibuat pengunjung juga menjadi sebab ia ditutup. Aduhai, kenapalah buang sampah dekat situ wahai orang Malaysia?

Bagaimanapun, jalan utama di situ masih dibuka dan hanya tempat menjadi tumpuan sahaja ditutup.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih kerana spot tersebut telah ditutup sebelum sempat mereka berkunjung.

Malah, ada juga netizen yang menzahirkan rasa marah kepada pengunjung lokasi itu kerana membuang sampah merata-rata tempat.

Akan tetapi, viewing deck masih dibuka dan jika anda yang mahu melihat kapal terbang boleh ke sana kerana tempat lebih selamat.

Kredit: Facebook Are Peace

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas