Connect with us

Oh! Media

Tempat-Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi. Ayda Jebat & Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini!

Branded

Tempat-Tempat Menarik Di Korea Yang Wajib Korang Pergi. Ayda Jebat & Nabil Dah Lalui Saat Romantik Di Sini!

Annyeonghaseyo! Bila dengar perkataan tu je, mesti teringat artis Korea yang hensem, cantik dan comel tu kan? Hehe. Sebenarnya memang ramai yang simpan angan-angan untuk jadikan Korea sebagai destinasi percutian.

Maklumlah, Korea bukan hanya terkenal dengan artis K-Pop dan K Drama mereka, tapi turut mempunyai alam semula jadi yang cantik dan banyak tempat-tempat menarik sehingga berjaya tarik pelancong melawat ke Korea setiap tahun. Jadi apa agaknya tempat menarik dekat Korea ni? Ok, jom kita tengok 5 tempat menarik yang Ohmedia sempat senaraikan.

Bukchon Hanok Village

Sebuah desa yang masih mengekalkan seni binaan perumahan tradisional yang unik. Bukchon Hanok Village ni terletak di antara Istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung dan ia merupakan satu destinasi yang mesti dilawati, terutama bagi korang yang minat dengan fotografi.

Dekat sini juga korang akan dapat lihat pakaian tradisional mereka dan jika bernasib baik, korang juga boleh mencuba pakaian ini dan bergambar sebagai kenang-kenangan.

MyeongDong Shopping Street

Oh ya, Myeongdong Shopping Street pernah tersenarai sebagai shopping street yang ke-9 termahal di dunia. Bila berjalan dekat sini, korang tak perlu risau dengan makanan halal kerana korang boleh dapatkan banyak pilihan makanan halal di sini. Kalau korang mencari barang-barang keperluan, boleh cari Kampungku Mart, dekat sini memang semua barang makanan dan peralatan mereka adalah halal.

Gamcheon Culture Village

Hidup kita mesti bosan kalau tak diwarnai dengan warna-warni disekeliling, kah! Gamcheon Culture Village penuh dengan warna-warni di setiap sudut! Tempat ini dah menjadi kegilaan ramai untuk pengantin-pengantin yang baru saja berkahwin yang ingin mengambil gambar kenangan sekali seumur hidup mereka itu dengan berlatar belakangkan seakan pelangi.

Apsan Observatory

Dekat Apsan Observatory ni terdapat pemandangan yang sangat cantik dari gunung , kita boleh menghirup udara segar sepanjang pendakian sebenarnya ada dua cara, yang pertama adalah dengan mendaki sehingga ke puncak gunung Apsan, kalau anda berstamina tinggi apa salahnya kan? Dapatlah anda menghirup udara segar sepanjang pendakian.

Cara yang kedua dan paling mudah pula adalah dengan menaiki kereta kabel yang disediakan di kaki gunung. Walau apa pun cara yang anda pilih untuk ke ruang pemerhatian ini, anda pasti tidak akan kecewa dengan pemandangan yang ditawarkan, hilang penat mendaki, duit yang dikeluarkan untuk menaiki kereta kabel juga tidak terasa ruginya.

Biseul Mountain

Biseul Mountain mempunyai pemandangan yang sangat indah yang wajib korang rasai sendiri bersama keluarga. Bila korang dah ada dekat puncak dia, korang akan nampak pemandangan Angaegyegok yang sangat cantik iaitu lembah pada musim panas, bunga-bungaan Chamkkot pada musim bunga, gunung yang diselaputi ais pada musim sejuk dan pokok mapel pada musim luruh.

Fuhh! Banyak lagi tempat menarik yang kita boleh lawat bila sampai Korea sebenarnya. Rasa macam nak booking tiket flight jer, hehe! Tapi sebenarnya ada cara lain untuk pergi Korea tanpa guna duit poket korang sendiri tau.

Kalau korang nak tahu, Watsons dah siapkan tiket penerbangan pergi dan balik ke Korea tau. Ini semua gara-gara video romantik Ayda Jebat dengan Nabil Mahir yang berangan bercinta dekat Korea depan kaunter Watsons punya pasal lah ni.



Macam mana nak dapat tiket PERCUMA pergi Korea?

Untuk korang yang memang selalu shoping dekat Watsons tu, inilah masanya untuk sertai peraduan Saranghae Sale ni. Korang boleh belanja semua barang yang terlibat dalam peraduan seperti Cetaphil, Nivea, Mamonde dan banyak lagi barangan yang korang boleh dapatkan.

Watsons ada bagi diskaun juga gais dengan potongan sebanyak 50% sempena Saranghae Sale ni dan untuk korang yang dah memang ahli Watsons pula akan dapat 30% lagi tambahan diskaun. Wow! Banyak betul potongan untuk lebih 1,000 produk tersedia.

Pergi lah shopping dekat Watsons sekarang dan cuba nasib kot-kot korang insan yang bertuah dapat pergi Korea tu! Untuk info lebih lanjut korang boleh layari laman web Watsons.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas