Connect with us

Oh! Media

Tawar Khidmat Seks RM190 Sejam, 5 Wanita Ditahan Ketika Melayan Pelanggan

Trending

Tawar Khidmat Seks RM190 Sejam, 5 Wanita Ditahan Ketika Melayan Pelanggan

Sembilan wanita warga asing dicekup malam tadi selepas disyaki menawarkan khidmat seks di sebuat hotel bajet di Kedah dengan bayaran RM190 sejam.

ADVERTISEMENT

Masing-masing daripada mereka merupakan wanita warga Thailand, Vietnam dan Kemboja yang berusia antara 25 hingga 36 tahun.

Kesemua mereka ditahan dalam Ops Gegar yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah selama hampir 2 jam kata Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid.

Hasil siasatan awal mendapati modus operandi mereka ialah melakukan promosi melalui aplikasi WeChat, dengan bayaran RM190 dikenakan untuk sejam layanan daripada wanita terbabit.

Sewaktu serbuan dijalankan, terdapat lima daripada mereka sedang melayan pelanggan dan tidak memberi kerjasama untuk membuka pintu bilik. 

Kesemua wanita yang ditahan itu kemudian dibawa ke Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Imigresen Anak Bukit untuk disaring terlebih dahulu sebelum ditahan di Depoh Imigresen Belantik.

Selain itu, tujuh saman saksi dikeluarkan kepada dua pekerja dan lima pelanggan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) serta 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas