Connect with us

Oh! Media

“Tau Lah Kat Guard, Lahanat” – Pelanggan Terkejut Dihina ‘Rider’ Masa Ambil Makanan

Oh! Tidak

“Tau Lah Kat Guard, Lahanat” – Pelanggan Terkejut Dihina ‘Rider’ Masa Ambil Makanan

Bukan sekali kita dengar tentang isu penghantar makanan bersikap tak sopan dengan pelanggan. Apa pula yang jadi kali ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Rider Salah Hantar Makanan, Anak-Anak Terjamah Khinzir Panggang

Tular di aplikasi X, seorang lelaki yang dikenali sebagai Miji menceritakan dia telah dihina dengan seorang rider ketika mengambil makanan yang dipesan.

Katanya, dia dah beritahu rider untuk letak makanan di guard sahaja, namun disebabkkan lama menunggu dia terus turun ke tempat berkenaan.

Bila dah sampai, dia call. I cakap, I dekat guard. Pastu dia kata tau la kat guard lahanat.

Masa dia cakap tu, I sampai kat belakang dia. Dia pusing belakang, tau cuak.

Di dalam hantaran sama, dia juga sempat menjelaskan situasi sebenar sebelum kejadian tersebut berlaku.

I tanya sajalah dah sampai ke sebab I turun tak asa makanan. Guard pun cakap tak ada rider hantar makanan. Rupa-rupanya rider masih pusing-pusing dalam maps tu.

Selepas dia perasan saya dekat belakang dia minta maaf sebab lambat hantar. Tapi tak minta maaf pula dia panggil saya lahanat.

Amboi kalau marah pun janganlah sampai hina pelanggan. Adab adalah aspek utama dalam setiap pekerjaan. Semoga rider tu hubungi pelanggan ni untuk minta maaf.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas