Connect with us

Oh! Media

Tanya Hukum Doakan Naruto, Soalan Netizen Ini Buat Ramai Garu Kepala

Trending

Tanya Hukum Doakan Naruto, Soalan Netizen Ini Buat Ramai Garu Kepala

Umum mengetahui, siri animasi Naruto merupakan salah satu karya yang dicipta di Jepun dan telah berjaya memenangi hati ramai peminat tanah air.

ADVERTISEMENT

BACA: Apa Hukum Makan Daging Stik Yang Masih Merah? Ini Jawapannya

Tidak hairanlah jika masyarakat lebih-lebih lagi dari kalangan anak muda mula menunjukkan minat oleh kerana jalan ceritanya yang sarat dengan aksi.

Namun, ketabsuban masyarakat sekarang terhadap siri animasi itu dilihat semakin menjadi-jadi sehingga sanggup meniru watak utama dalam cerita tersebut.

Tanya soalan tentang doakan Naruto

Perkara sama juga turut berlaku kepada seorang individu yang bertanyakan soalan kepada seorang ustaz muda, Adnin Roslan melalui sesi soal jawab di aplikasi TikTok.

Seperti yang kita ketahui, Ustaz Adnin Roslan merupakan salah seorang pendakwah yang giat menyampaikan dakwahnya melalui laman media sosial dan memberikan pengajaran kepada masyarakat.

Berbalik kepada soalan, individu tersebut dilihat bertanya akan hukum berdoa supaya watak anime tersebut diberi perlindungan.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok bernama @adninroslan, timbul kekesalan pada raut wajahnya selain turut berasa keliru kerana perlu menjawab soalan tersebut.

Ustaz bolehkah sekiranya kita berdoa supaya Allah melindungi Naruto?

Lebih baik doakan benda yang berfaedah

Menjawab kepada soalan itu, Ustaz Adnin kemudian menyatakan bahawa adalah lebih baik kita mendoakan perkara-perkara yang lebih penting seperti kesejahteraan saudara Islam di Palestin.

Banyak lagi perkara lain yang boleh didoakan contohnya untuk saudara kita di Palestin, Uyghur dan Rohingya.

Ini apa? Aduh, mungkin banyak sangat tonton anime,

Selain itu, dia yang kelihatan kesal menyatakan bahawa doa merupakan salah satu senjata orang Islam dan banyak perkara berfaedah lain yang boleh kita doakan.

Link TikTok

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan ulasan ustaz tersebut selain terhibur dengan pertanyaan yang dilihat tidak masuk akal itu.

naruto
naruto

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 500,000 tontonan serta mendapat 81,500 tanda suka.

Kredit: TikTok adninroslan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas