Connect with us

Oh! Media

‘Tangkap Cintan’ Dengan Isteri Orang, Warga Emas Maut Ditikam

Trending

‘Tangkap Cintan’ Dengan Isteri Orang, Warga Emas Maut Ditikam

Tindakan seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang bermain cinta dengan isteri orang mengundang padah apabila dia disahkan maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suami wanita berkenaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tidak Cukup Ditikam, Dipukul Dengan Kerusi Kayu dan Kipas Sehingga Maut

Memetik laporan daripada Kosmo, mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan di bahagian badan itu disahkan meninggal dunia kira-kira lima jam selepas bertarung nyawa di Hospital Serdang.

Difahamkan, mangsa dan wanita itu telah menjalin hubu­ngan dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan memaklumkan bahawa pihak hospital menghubungi pihaknya selepas mereka menerima seorang pesakit dalam keadaan berlumuran darah.

Berdasarkan pemeriksaan dan rawatan awal, mangsa me­ngalami kecederaan serius akibat tikaman mengenai paru-paru kanan dan kesan tikaman benda tajam di paha dan bahu kanan.

Tambah Mohd. Zaid lagi, menerusi siasatan yang dibuat, suspek dikatakan menyerang mangsa ketika sedang berdua-duaan dengan isterinya di dalam sebuah kenderaan berhampiran pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn.

Suspek dikatakan marah dengan hubungan intim antara isterinya dengan mangsa.

Susulan laporan yang dibuat, polis telah menahan seorang lelaki dan wanita yang merupakan pasangan suami isteri di sekitar kawasan Hospital Serdang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas