Connect with us

Oh! Media

Takut Kantoi Duit Habis Beli Dadah Dengan Isteri, Lelaki Buat Laporan Palsu Kata Disamun

Trending

Takut Kantoi Duit Habis Beli Dadah Dengan Isteri, Lelaki Buat Laporan Palsu Kata Disamun

Sanggup buat laporan palsu kerana takut kantoi dengan isteri duit gaji habis beli dadah. Itulah apa yang dilakukan oleh seorang lelaki yang sebelum ini ke balai polis dan membuat laporan disamun tiga orang lelaki tidak dikenali di Jalan Kelapa Sawit, Kampung Ekor Kucing Padang Serai.

ADVERTISEMENT

Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek membuat laporan palsu disebabkan telah menghabiskan semua duit gajinya untuk membeli dadah.

Lelaki itu mendakwa suspek menumbuk perut dan mengambil wang tunai RM900 sebelum membuang dompetnya serta melarikan diri ke kebun kelapa sawit berhampiran.

Hasil siasatan mendapati maklumat diberikan tidak konsisten dan terdapat keraguan dalam keterangannya. Lelaki itu mengaku memberi maklumat palsu kepada pegawai penyiasat hingga satu kertas siasatan kes samun dibuka. – Kata Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim

Tak cukup dengan itu, suspek juga memberi alasan kepada isterinya yang gajinya dipotong majikan kerana kad perakam waktu rosak.

Suspek yang membuat laporan palsu itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Inilah bahayanya bila kita dah terjebak dengan najis dadah. Jauhkanlah sikap seperti ini dalam diri dan keluarga kita.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas