Connect with us

Oh! Media

Taksub Nak Jadi Macam Artis K-pop, Lelaki Maut Di Tangan ‘Doktor Hantu’

Trending

Taksub Nak Jadi Macam Artis K-pop, Lelaki Maut Di Tangan ‘Doktor Hantu’

Seorang lelaki yang terlalu obses untuk kelihatan seperti artis K-pop menjadi salah seorang mangsa ‘doktor hantu’ yang menjalankan pembedahan plastik di Korea Selatan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro yang dipetik dari CNN, adik kepada lelaki yang dikenali Kwon Dae-hee menerima panggilan daripada sebuah hospital memaklumkan keadaan kesihatan abang. Hospital mengatakan abangnya tidak mengalami kecederaan yang serius.

Menyangkakan abang terlibat dalam pergaduhan akibat mabuk, adik lelaki mangsa bergegas menaiki teksi ke hospital untuk menjenguk abang. Namun, setibanya di hospital abang sudah tidak sedarkan diri dan meninggal dunia 7 minggu kemudian.

Foto: CNN

Pada 8 September 2016, Dae-hee dikatakan menjalani pembedahan plastik dengan ‘doktor hantu’ untuk mencantikkan rahangnya. Namun, lelaki itu disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

Keluarganya memaklumkan, Dae-hee menjadi mangsa ‘doktor hantu’, merujuk kepada doktor ganti yang menjalankan pembedahan selepas pesakit tidak sedarkan diri selepas dibius.

‘Doktor hantu’ adalah doktor yang kurang berpengalaman dan sesetengah kes membabitkan doktor gigi dan jururawat. Nilai kecantikan di Korea Selatan terus melonjak menyebabkan rakyatnya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wajah seperti artis pujaan mereka.

Berdasarkan undang-undang Korea Selatan, pihak yang didapati menjalankan kegiatan ini dikenakan hukuman lima tahun penjara dan denda AS$44,000 (kira-kira RM182,00).

Kwon Dae-hee
Foto: CNN

Jika khidmat ‘doktor hantu’ dijalankan doktor berlesen, pihak terbabit turut boleh dituduh atas kesalahan mendatangkan mudarat dan penipuan. Klinik ini juga tidak akan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kegiatan mereka diketahui.

Kes berprofil tinggi seperti Dae-hee ini menarik kembali perhatian umum dan keluarganya kini menuntut ganti rugi serta tindakan undang-undang terhadap doktor yang terbabit.

Kredit: Harian Metro , CNN

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas