Connect with us

Oh! Media

Tak Sokong Tinggalkan BAM, Tak Juga Minta Terus Kekal, Ini Nasihat Lee Chong Wei Buat Zii Jia

lee chong wei

Oh! Tidak

Tak Sokong Tinggalkan BAM, Tak Juga Minta Terus Kekal, Ini Nasihat Lee Chong Wei Buat Zii Jia

Hari ini Jumaat (21.1.2022) kita masih menantikan keputusan yang akan dibuat oleh BAM selepas pemain perseorangan mereka Lee Zii Jia hantar surat untuk keluar dari persatuan itu. Keputusan Zii Jia ternyata mengejutkan arena sukan badminton negara.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini kami turut kongsikan pandangan dari pemain lagenda sukan badminton negara, Datuk Rashid Sidek yang tidak bersetuju dengan keputusan Zii jia. Ini kerana pemain muda berusia 23 tahun itu dilihat lebih selamat untuk berada di bawah jagaan BAM.

BACA: “Jangan Lupa Daratan, Jangan Bagi Muka” – Datuk Rashid Sidek Bengang Dengan Keputusan Zii Jia

Kali ini kita lihat pula apa pandangan dari Datuk Lee Chong Wei dengan keputusan yang dilakukan Zii Jia. Sebelum itu, Chong Wei mengakui Zii Jia ada bertemu dengannya untuk mendapatkan nasihat dan pandangannya sebelum buat sebarang keputusan.

“Kalau mahu jadi pemain nombor satu negara dan dunia mesti sedia berdepan tekanan hebat.” – Chong Wei

Zii Jia turut ada menyatakan yang dia tidak dapat menahan tekanan yang dialaminya. Chong Wei pula tidak pasti tekanan seperti apa yang dihadapi pemain di BAM sekarang kerana tidak lagi bergelar pemain.Saya tak tahu macam mana tahap tekanan di BAM ketika ini sebab saya tidak bersama BAM lagi.

Untuk saya dulu memang satu tekanan tetapi lain karakter dan lain pemain, ada yang boleh menangani tekanan itu.

Bagi saya tekanan saya hadapi memang cukup kuat, namun saya dapat jadikan ia sebagai satu motivasi. Saya merasainya tetapi saya tukar ia menjadi dorongan untuk saya berjuang demi negara. Lain orang lain caranya. – Kata Chong Wei kepada BERNAMA.

Chong Wei tidak sarankan Zii Jia tinggalkan BAM mahupun terus kekal bersama BAM

Memang kita kadang-kadang ada alasan atau perkara yang tak ngam dengan kita tetapi bagaimana cara kita beri kerjasama kepada BAM, give and take dan dalam apa yang kita buat bukan 100 peratus betul.

Katanya lagi, tekanan memang ada dalam apa sahaja sukan dan menjadi lumrah kepada semua atlet untuk hadapi. Tidak kisah ada di organisasi mana sekalipun, tekanan tetap ada.

Bagaimanapun Chong Wei melihat Zii Jia berani membuat keputusan seperti ini dan percaya dia sudah fikir panjang. Chong Wei turut tidak melihat apa yang dilakukan Zii Jia satu kesalahan kerana sudah tentu dia mempunyai sebab yang kuat.

Apapun kita nantikan keputusan BAM dalam mesyuarat hari ini. Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas