Connect with us

Oh! Media

Tak Sengaja Tertekan Pedal Minyak Sampai Rempuh Pasar Pagi

Trending

Tak Sengaja Tertekan Pedal Minyak Sampai Rempuh Pasar Pagi

Seorang warga emas yang memandu kereta jenis Proton Saga merempuh empat gerai di pasar pagi hari ini. Menurut Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 1.11 tengah hari di Simpang Pelangai, Pahang.

ADVERTISEMENT

Pada awalnya, Jamal Md Aleh yang berusia 75 tahun mahu keluarkan kereta dari tempat parkin dan secara tidak sengaja, dia tertekan pedal minyak dan terus merempuh gerai di pasar pagi tersebut. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata yang keempat-empat gerai tersebut sedang beroperasi dan masing-masing menjual makanan dan barangan kegunaan harian.

Walaubagaimanapun, pemandu tersebut dan lima orang yang berada di gerai itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya seorang saja yang tercedera ringan disiku kanan. Alhamdulillah tiada apa yang serius, apapun semoga kita semua sentiasa berhati-hati ye gais.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca kereta rempuh pasar pagi di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas