Connect with us

Oh! Media

“Tak Perlu Keruhkan Keadaan Dengan Mengheret Agong Ke Mahkamah.” – Nazri Aziz

Trending

“Tak Perlu Keruhkan Keadaan Dengan Mengheret Agong Ke Mahkamah.” – Nazri Aziz

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz telah menyentuh isu segelintir peguam yang mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tidak mengisytiharkan darurat di negara kita.

ADVERTISEMENT

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, beliau menyatakan yang YDPA ada hak mutlak untuk ‘berpuas hati’ dan tak wajar untuk dipertikai. Bahkan, ia dah pun termaktub dalam Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Berpuas hati ini khusus kepada Agong kerana baginda mempunyai perasaan dan kebolehan untuk bertanya kepada khalayak ramai, sama ada sesuai atau sebaliknya Malaysia mengadakan darurat.” – katanya

Walaupun ada peguam yang berpendapat Baginda harus bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri dan Perdana Menteri, tapi YDPA tetap ada kuasa dan budi bicara dalam menentukan keperluan menitahkan proklamasi darurat di Malaysia.

Bagi menyokong pernyataannya, Nazri turut membacakan kandungan Perkara 158(1) dan 2b Perlembagaan Persekutuan yang membuktikan hak berpuas hati yang ada pada Baginda YDPA tak boleh sewenangnya dipersoal atau dicabar.

“Jadi, tidak perlulah mengeruhkan keadaan dengan mengheret Agong ke mahkamah untuk mempertikaikan keputusan Seri Paduka berhubung hak berpuas hati dengan menolak permintaan pengisytiharan darurat.” – tambahnya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas