Connect with us

Oh! Media

‘Tak Perlu Beratur Panjang Sebab Ada Orang Dalam’ – Tular Satu Lagi Borang Rentas Negeri Kosong Siap Tandatangan

Trending

‘Tak Perlu Beratur Panjang Sebab Ada Orang Dalam’ – Tular Satu Lagi Borang Rentas Negeri Kosong Siap Tandatangan

Kelmarin tular di media sosial sekeping gambar menunjukkan borang rentas negeri kosong yang telahpun ditandatangan oleh Balai Polis Chukai. Semalam, satu lagi borang rentas negeri kosong tular yang melibatkan Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pula.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan gambar tersebut, ada tulisan yang menyatakan ‘Terima kasih tolong kali kedua, tak perlu nak beratur panjang sebab ada orang dalam’. 

Menurut laporan Kosmo Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati yang tandatangan milik penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6, Sarjan Mejar Mohd. Fadzli Ali di dalam surat itu adalah palsu. 

Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Harap perkara ini dapat diselesaikan segera. Masih ramai lagi yang mengambil jalan mudah untuk membuat perkara yang terlarang.

Kredit : Kosmo 

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas