Connect with us

Oh! Media

“Tak Patut Cakap Macam Tu Dekat Isteri Orang” – Wanita Bergenang Air Mata Tiba-Tiba Ditanya Pasal Anak

Trending

“Tak Patut Cakap Macam Tu Dekat Isteri Orang” – Wanita Bergenang Air Mata Tiba-Tiba Ditanya Pasal Anak

Bagi pasangan yang berkahwin, kehadiran cahaya mata merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu. Bukan sahaja menjadi penyeri rumahtangga, cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

ADVERTISEMENT

Namun ada juga yang diuji terpaksa menunggu selama bertahun-tahun dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh orang sekeliling.

BACA: 7 Tahun Kahwin Masih Belum Ada Cahaya Mata, Wanita Terguris Bila Dituduh ‘Tak Sihat’

Seperti perkongsian di TikTok ini, seorang lelaki meluahkan rasa sedih dan marah melihat isteri bergenang air mata apabila ada yang bertanya mengenai anak.

Budak kecik ni call cakap lepas isi barang nak jumpa kejap sebab banyak benda nak luah. Sekali dengar apa dia luah, perasaan ni bercampur marah dan sedih.

Ingat ye anak tu rezeki Allah, lambat atau cepat je. Tak patut cakap macam tu dekat isteri orang bang. Nasib la cakap roti john terus dia okay. 

Isteri yang bekerja sebagai penghantar makanan sanggup menunggu suami di bus stop semata-mata untuk bercerita mengenai hari-hari menyedihkan yang dilaluinya.

@mohdhabibullah_

Budak kecik ni call ckp lepas isi brg nk jumpa jp sbb bnyk bnde nak luah. sekali dengar apa dia luah, perasaan ni bercampur marah & sedih. igt ye ank tu rezeki Allah, lmbt atau cpat je. Xpatut ckp cmtu kat isteri org bang. Nasib la ckp roti john terus dia okay. 😓😞

♬ original sound – Mohd Habibullah

Oi bila nak dapat anak? Dah beranak belum?

Difahamkan isteri beberapa kali berdepan soalan daripada orang yang sama mengenai cahaya mata. Malah, dia disangka sedang berpantang kerana ‘berehat’ seketika daripada menghantar makanan.

Kredit: TikTok Mohd Habibullah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas