Connect with us

Oh! Media

Tak Nak Beri Kerjasama, Polis Berpangkat Lans Koperal Cedera Dilastik Suspek

Trending

Tak Nak Beri Kerjasama, Polis Berpangkat Lans Koperal Cedera Dilastik Suspek

Umum mengetahui, aktiviti jenayah di negara ini semakin meningkat dari hari ke hari dan memaksa pihak polis bekerja lebih masa bagi membendung aktiviti ini dari terus berleluasa.

ADVERTISEMENT

BACA: 3 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Diselamatkan Sepasukan Polis

Namun, ia bukanlah mudah bagi pihak berkuasa kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman termasuklah berisiko mengalami kecederaan semasa mengesan suspek yang terlibat dalam aktiviti jenayah.

Polis cedera sebelah mata dilastik suspek

Namun, perkara serupa turut berlaku kepada seorang pegawai polis selepas mengalami kecederaan semasa dalam usaha mengesan seorang suspek.

Menurut laporan Kosmo, anggota polis berpangkat lans koperal itu mengalami kecederaan pada mata sebelah kirinya akibat dilastik oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tersusun Sungai Kerang, Padang Gajah semalam.

Ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugasnya dari Balai Polis Padang Gajah telah membantu pegawai penyiasat untuk mengesan suspek berusia 58 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, hal itu selepas individu tersebut dipercayai terlibat dalam kes mendatangkan cedera dengan senjata.

Tambahnya, kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu ketika anggota telah sampai ke rumah suspek dan individu tersebut gagal memberikan kerjasama selepas enggan membuka pintu.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga dikatakan sempat melastik batu ke arah anggota tersebut secara bertubi-tubi sehingga mendatangkan kecederaan.

Suspek telah bertindak melastik batu bertubi-tubi ke arah mangsa hingga terkena pada mata kiri dan belakang kepala.

Akibat serangan itu, anggota terbabit rebah dan mengalami luka pada mata sebelah kiri dan belakang kepala.

Menurutnya, mangsa telah pun dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Kerang bagi mendapatkan rawatan susulan sebelum dibawa ke Hospital Taiping.

Kata Anuar Othman, rakaman perbualan anggota terbabit telah diambil dan suspek pula telah diberkas dan direman selama empat hari sehingga Sabtu Ini.

Bagaimanapun, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas