Connect with us

Oh! Media

Tak Mengaku Langgar, Rakaman ‘Dashcam’ Bongkar Penipuan Pemandu Bezza?

Trending

Tak Mengaku Langgar, Rakaman ‘Dashcam’ Bongkar Penipuan Pemandu Bezza?

Penggunaan dashcam iaitu rakaman kamera yang diletakkan pada kenderaan semakin mendapat perhatian daripada masyarakat bagi merakam situasi perjalanan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!

Bukan itu sahaja, ia juga mampu membantu dalam memberikan maklumat kepada pihak berkuasa jika pemilik tanpa sengaja merakam insiden yang memerlukan bukti kukuh.

Disebabkan saiznya yang kecil dan senang diperoleh, ia sudah pasti menjadi pilihan pengguna jalan raya sekaligus mampu menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa ‘samseng jalanan’.

Pemandu Bezza tak mengaku langgar, rakaman dashcam jadi bukti

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu yang meluahkan rasa kesal selepas bahagian belakang keretanya dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza.

Namun, apa yang menimbulkan perasaan tidak puas hatinya apabila pemandu Bezza itu dikatakan telah menyalahkan individu tersebut ketika dihubungi pihak polis.

Bagaimanapun, ‘penipuan’ pemandu berkenaan terbongkar selepas sebuah rakaman dashcam milik mangsa telah menunjukkan perkara yang sebenarnya berlaku.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna aplikasi TikTok, insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah Lebuh raya dari Johor Bharu menuju ke Kuala Lumpur.

@chelladean JB-KL 30/11/2021 Polis call siap tak mengaku. Sabar japp. Asalkan adik selamat. #fyp #langgarlari #donereporting👮 ♬ Oh No – Kreepa

Berdasarkan video berkenaan, jelas kelihatan pemandu Bezza itu telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis Perodua Axia yang berada di hadapannya.

Paling malang, pemandu itu itu dilihat terus memecut laju meninggalkan kawasan tersebut sementara mangsa terpaksa berhenti di tepi jalan.

Dituduh jadi penyebab pelanggaran, pemandu Bezza buat laporan palsu?

Menerusi video yang lain, dia juga sempat memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp yang menyatakan pemandu tersebut telah pun membuat laporan polis.

Lebih mengejutkan, pemandu Bezza itu dikatakan telah menuduh individu tersebut menjadi punca pelanggaran itu dengan menyatakan dia telah masuk ke lorong kiri dari lorong kanan serta memandu rapat dengan kenderaannya.

@chelladean Korang nilai la sendiri 🤣🤣 #endofnovember #byenovember #goodbyenovemberhellodecember #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ 1,2,3,4 (One, Two, Three, Four) – Fun Elektro Mix – Funbeat

Bagaimanapun, individu yang dikenali sebagai chelladean itu berasa sedikit terkilan dengan penipuan pemandu itu sedangkan menerusi rakaman dashcam, laporan yang dibuatnya jelas tidak serupa dengan perkara sebenarnya berlaku.

Dalam pada itu, pemilik kereta yang menyiarkan klip rakaman tersebut di aplikasi Tiktok itu sempat menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa memandu kerana terdapat banyak ‘samseng’ memandu di lebuh raya pada masa kini.

Harap semua yang tengok video ni tak kena macam saya. Beringat sebelum terkena, ramai orang jahat di jalanan sekarang. Semua nak tunjuk samseng.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada rungan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu Bezza tersebut selain berasa kesal akan penipuannya semasa membuat laporan polis.

Setakat ini, tiada sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes tersebut dan kemungkinan ia akan dimuat naik tidak lama lagi.

Kredit: TikTok Chelladian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas