Connect with us

Oh! Media

Tak Masuk Akal! Bapa Ditikam Anak Sebab Makanan Terlalu Masin

Trending

Tak Masuk Akal! Bapa Ditikam Anak Sebab Makanan Terlalu Masin

Jenayah ni terjadi tanpa kita duga gais. Kadang-kadang sebab benda kecil pun boleh jadi benda besar, sampaikan bunuh-membunuh. Baru-baru ini, seorang anak sanggup membunuh bapa kandungnya sendiri gais. Apa kes pula ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Tribun News, kejadian berlaku di sebuah daerah Kabupaten Trenggalek, Indonesia baru-baru ini yang hanya berpunca dari masakan bapanya dikatakan terlalu masin. Bukan tu jer, suspek juga mempunyai dendam terhadap bapanya. Tanpa berfikir, suspek terus bunuh bapanya tanpa rasa bersalah.

Pada awalnya, makanan itu dihidang bapanya ketika sahur dan setelah dimakan, suspek mengatakan ianya terlalu masin dan menyangka bapanya mungkin letakkan racun di dalam makanan tersebut. 

Lepas jer bangun dari makan, suspek terus menghampiri bapanya lalu memukul dan tusuk menggunakan sebilah sabit. Walaubagaimanpun, suspek dikatakan mempunyai masalah gangguan jiwa sehingga buatkan dia jadi macam tu. 

Kredit: Tribun News

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas