Connect with us

Oh! Media

Tak Mampu Beli Tuala Wanita, Remaja Lebih Rela Mengandung?

tuala wanita

Trending

Tak Mampu Beli Tuala Wanita, Remaja Lebih Rela Mengandung?

Setiap bulan wanita akan didatangi kehadiran haid dalam tempoh lima hingga sembilan hari. Hal ini membuatkan wanita yang tidak mampu untuk membeli tuala wanita lebih sanggup mengandung bagi mengelak kehadiran haid.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Memalukan Siapa Sebenarnya?’ – Tony Eusoff Respon Isu Agih Tuala Wanita Tempat Awam

Menerusi laman Utusan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mendedahkan bahawa ada remaja perempuan daripada keluarga miskin lebih rela memilih untuk mengandung kerana pada mereka, dalam tempoh sembilan bulan itu mereka tidak perlu membeli tuala wanita.

Kemiskinan haid

tuala wanita
Pasukan NGO menyumbangkan tuala wanita (Foto: Utusan)

Situasi lebih rela mengandung daripada didatangi haid ini dipanggil sebagai kemiskinan haid, yang banyak berlaku kepada wanita di kawasan pedalaman.

Menurut Utusan, Setiausaha Sanitary Bank Malaysia, Reena Awliyatul Imani Reezal Merican berkata,akibat dari kemiskinan haid ini, golongan wanita lebih sanggup menjalani hidup sebagai ibu mengandung selama sembilan bulan.

Apabila mengandung, mereka fikir selama sembilan bulan tidak perlu beli tuala wanita tanpa memikirkan perkara-perkara lain yang perlu dibelanjakan apabila mereka sudah melahirkan anak.

Reena Awliyatul Imani yang juga Perwakilan Wanita Muda berkata, ada juga wanita di pedalaman yang menggunakan surat khabar sebagai tuala wanita, akibat dari kemiskinan haid ini.

Mereka langsung tidak fikir bahaya kepada diri mereka, ini kerana surat khabar mempunyai karbon yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada alat sulit mereka serta boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, isu ‘kemiskinan haid’ juga menyebabkan remaja perempuan khususnya pelajar sekolah kerap ponteng sekolah kerana masalah dialami, ia sekali gus menjejaskan pembelajaran mereka.

Barah dalam masyarakat

Kemiskinan haid ini telah terjadi sejak dahulu lagi. Bukan sahaja di Malaysia, namun di luar negara juga ramai wanita yang tidak berkemampuan terikat dengan kemiskinan haid ini.

Reena Awliyatul mengatakan bahawa isu ini sudah menjadi barah dalam masyarakat, akibat dari mereka yang malu untuk menyuarakan pendapat dan rasa situasi ini tidak perlu dibincangkan.

Katanya, kesedaran tentang kemiskinan haid ini perlu diwujudkan dalam kalangan masyarakat dan kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk membela nasib remaja perempuan yang lahir dari keluarga berpendapatan rendah.

Masyarakat perlu membuka mata dan minda akan situasi ini dan perlu sedar akan kepentingan tuala wanita kepada setiap wanita di negara ini. Sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan dan beri kesedaran kepada orang sekeliling tentang kemiskinan haid yang bukan sahaja melanda wanita di Malaysia namun di seluruh dunia.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas