Connect with us

Oh! Media

Tak Ada Tarikh Luput, Pembeli Kena ‘Hidu’ Nak Tahu Susu Dijual Dah Basi Ke Belum?

tarikh luput

Trending

Tak Ada Tarikh Luput, Pembeli Kena ‘Hidu’ Nak Tahu Susu Dijual Dah Basi Ke Belum?

Morrisons, pasar raya popular di Britain, London bakal memadamkan label tarikh luput pada produk minuman susu yang dijual menjelang hujung bulan ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Alisa Dah Tak Minum Susu Botol, Ini Cara Yang Diguna Hanis Zalikha

Menerusi laporan Kosmo, pihak pengurusan katanya akan menggunakan cara ‘tradisional’ dengan meminta pembeli untuk menghidu bau susu itu sendiri semasa membeli.

Elak pembaziran empat juta liter susu setiap bulan

tarikh luput

Cara terbaru ini dilakukan untuk mengelakkan pembaziran yang berlaku pada setiap bulan, dimana empat juta liter susu terbuang kerana mematuhi label tarikh luput yang ada pada setiap pembungkusan susu.

Ujian menghidu susu masam dibuat kerana menurut Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu merupakan produk makanan atau minum yang ketiga paling banyak terbuang di Britain.

Kaedah ini adalah yang terbaik kerana ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada susu itu masih elok atau tidak.

Tiada apa yang pelik, orang zaman dahulu juga menggunakan teknik hidu ini untuk menentukan sama ada susu masih boleh diminum atau tidak. -Pembeli

Kalau cara ni dibuat di Malaysia, mesti banyak susu kotak kosong, sebab takut ada yang teguk minum terus masa bau tu, haha! Apa-apa pun, ini adalah salah satu cara yang baik juga, sebab kadang-kadang susu tu masih elok untuk diminum tapi dah kena buang sebab dah lepas tarikh luput.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas