Connect with us

Oh! Media

‘Ibu Syaitan’ Suntik Peluntur Dan Sabun Ke Dalam Badan Bayi Berusia Sebulan

Trending

‘Ibu Syaitan’ Suntik Peluntur Dan Sabun Ke Dalam Badan Bayi Berusia Sebulan

Sanggup ke korang sebagai seorang wanita yang bergelar ibu suntik cecair peluntur dan sabun ke dalam badan anak semata-mata sebab nak seksa anak sendiri?

ADVERTISEMENT

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Turki yang dikatakan sangat layak digelar sebagai ‘ibu syaitan’, kerana telah melakukan perbuatan kejam itu kepada bayinya yang baru berumur 18 bulan.

Wanita yang dikenali sebagai Ezgi Korucu, 28, itu telah pun didakwa kerana mendera anaknya yang bernama Eylul Mira, sejak bayi itu berumur sebulan.

Ezgi mengaku dia memang sudah berniat mahu membunuh dengan perlahan-lahan kerana tidak sayangkan bayinya itu.

Saya memang nak seksa dia. Saya cederakan kepala, kaki, lengan, dada dan kelopak matanya dengan pisau cukur.

Kemudian saya suntik cecair sabun dan peluntur dalam uratnya menggunakan picagari. Semua ini, saya buat sejak bayi saya berusia sebulan.

Sebelum ini, ada siasatan ke atas saya, tapi saya tak mengaku dan saya akan seksa anak saya tanpa pengetahuan keluarga terutama waktu mereka tidur. – Kata Ezgi.

Ezgi yang berada dalam tahanan dikatakan pernah menulis surat kepada keluarganya dan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Eylul, maafkanlah ibu. Saya minta maaf kepada orang ramai dan adik-beradik awak. Saya bukan ibu yang jahat. – Tulis Ezgi.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas