Connect with us

Oh! Media

“Sumpah Laknat Hanya Laku di Mahkamah” – Peguam Syarie

Trending

“Sumpah Laknat Hanya Laku di Mahkamah” – Peguam Syarie

Sejak kes ganguan seksual melibatkan pendakwah terkenal yang tular sehingga ke hari ini, seorang demi seorang saksi telah tampil bagi menjelaskan kebenaran.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Gangguan Seksual Pendakwah, Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Ibu Mangsa

Terdahulu, penceramah bebas, Firdaus Wong, telah mendedahkan sumpah laknat yang dibuat oleh abang mangsa melalui aplikasi Telegramnya.

Terbaharu, beliau juga telah mendedahkan sumpah laknat daripada ibu kepada mangsa yang mana suara serta wajahnya diolah bagi menyembunyikan identiti mereka.

Video pengakuan itu telah mendapat perhatian daripada netizen. Namun, terdapat juga sesetengah daripada mereka yang mempersoalkan tentang sah atau tidak sumpah laknat tersebut.

Sumpah laknat keluarga mangsa tidak sah?

Menurut laporan Kosmo, sumpah laknat yang dilakukan ahli keluarga mangsa disifatkan tidak laku berikutan lafaz tersebut dilakukan di luar mahkamah.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menerusi laman Facebook miliknya menyatakan tentang lafaz itu.

Menurutnya, lafaz sumpah di luar mahkamah walaupun dengan memegang Al-Quran atau dilakukan di dalam masjid tidak akan diterima secara sah.

Sumpah hanya dibenarkan dilakukan di dalam mahkamah, dihadapan hakim selepas pembicaraan segala keterangan orang yang mendakwa disertakan bersama bukti.

Kalau hakim merasakan kes orang yang mendakwa tidak kuat, baru hakim akan benarkan orang yang didakwa untuk bersumpah nafi.

Prinsip sumpah itu sama sahaja walaupun di Mahkamah Sivil, bukan senang-senang untuk bersumpah.

Jenis-jenis sumpah yang digariskan di mahkamah

Menerusi ulasannya itu, beliau telah menyenaraikan tentang jenis-jenis sumpah laknat yang digariskan di mahkamah. Antaranya ialah:

1. Yamin Al-istizhar : Sumpah yang dibuat oleh orang yang mendakwa atas perintah hakim setelah memberikan keterangan yang mencukupi.

2. Yamin Al-mardudah : Sumpah yg dijalankan oleh orang yang mendakwa setelah orang yang didakwa menolak untuk bersumpah.

3. Yamin Al-mutammimah : Sumpah yang diarahkan oleh Hakim pada mana-mana pihak untuk menguatkan perintahnya.

4. Yamin Al-hasimah : Sumpah yang dilaksanakan oleh salah satu pihak atas permohonan pihak yang lain.

5. Yamin Al-takmilah : Sumpah yang dilaksanakan oleh orang yang mendakwa disamping keterangan seorang saksi.

6. Yamin Nafyi Al-ilmi’ : Sumpah seseorang menafikan yang ia mengetahui sesuatu perbuatan mengenai orang lain.

7. Yamin Al-nafyi : Sumpah penafian yang dijalankan oleh orang yang didakwa.

Menurutnya, kesemua lafaz sumpah itu perlu dilakukan di hadapan hakim atas kebenaran mereka dan bukannya dilafazkan sesuka hati.

Tidak digariskan dalam ajaran Islam

Menerusi hantaran itu, Fahmi Ramli menegaskan bahawa sumpah laknat sambil memegang Al-Quran itu tidak digariskan di dalam ajaran slam.

Sebenarnya tidak ada dalam Islam sumpah laknat memegang Al-Quran, biasalah orang Melayu jenis suka bersumpah seperti itu dan mengikut telunjuk serta ikutan orang jahil.

Tambahnya lagi, sumpah yang dilakukan di luar mahkamah itu tidak akan diterima meskipun dibuat di dalam masjid. Lafaz itu hanya dibuat di dalam Mahkamah iaitu di hadapan hakim.

Walaubagaimanapun, beliau turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak terikut-ikut budaya sumpah yang sama sekali tidak mengikut syarak.

Tambahnya, setiap kes jenayah perlu dibuktikan terlebih dahulu dan sekiranya bukti yang dikemukakan kukuh, maka keadilan terhadap mangsa pasti terbela.

Kredit: Facebook Fahmi Ramli I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas