Connect with us

Oh! Media

Suami Usahawan Kosmetik, Yang Juga Setiausaha Politik Disahkan Positif

Trending

Suami Usahawan Kosmetik, Yang Juga Setiausaha Politik Disahkan Positif

Sejak kebelakangan ini, banyak pula kes positif Covid-19 yang melibatkan orang politik. Bukan hanya menteri, bahkan ada juga pembantu menteri yang direkodkan turut dijangkiti wabak berkenaan.

ADVERTISEMENT

Terbaru suami kepada usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati pula disahkan positif Covid-19. Kalau korang nak tahu, suami Rita, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah merupakan Setiausaha Politik bagi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Menurut Rita, memang sejak dua tiga hari lepas suaminya asyik demam. Kejap kebah, kejap demam balik. Sampailah Datuk dah rasa sakit tekak, Rita kemudiannya mencadangkan suami untuk pergi buat swab test. Yelah, bila dah bekerja dengan ahli politik, confirm Datuk kena berjumpa dengan ramai orang, kan? So, tak mustahil juga kalau Datuk terkena jangkitan.

Tuptup semalam, Datuk beritahu Rita yang dia telah disahkan positif Covid-19. Waktu tu, diorang baru je balik dari beli barang-barang dapur. Nak taknak, Rita pun terus buat persiapan untuk mengasingkan Datuk dengan ahli keluarga lain di rumah.

“Sebagai isteri, sudah tentu saya sedih dengan berita tersebut dan kami terus membuat persiapan untuk menempatkan suami di bilik lain di tingkat bawah, untuk pengasingan daripada kami terutama anak-anak.” – katanya

Menurut Rita, dia memang dah asingkan empat orang anaknya dari suami sejak Datuk demam beberapa hari sebelum tu. Sebagai langkah berjaga-jagalah orang kata. Sekarang bila dah jadi macam ni, Rita memang tak beritahu hal sebenar pada anak-anak sebab risau diorang takut. Tambah pula masing-masing memang dah tahu coronavirus tu apa.

Cuma ada rasa sedih dalam hati Rita bila anak-anak bertanyakan ayah mereka. Buat masa sekarang, masing-masing hanya contact melalui video call. Itupun anak-anak semua tanya, bila boleh jumpa daddy sebab masing-masing dah mula rindu.

“Saya cuma jelaskan kepada mereka yang daddy tak sihat, demam dan perlu berehat di bilik lain secara berasingan. Anak yang bongsu pula sebab terlalu manja dengan daddy, jadi saya bagi alasan daddy keluar bekerja dan tidur di hotel, sedangkan daddy di rumah je.” – tambahnya.

Kagum tengok Datin Rita yang tabah jalankan tugas sebagai seorang ibu dan isteri. Katanya, dia dan anak-anak pun akan buat swab test dalam masa terdekat. Moga baik-baik saje buat keluarga Rita dan diberikan kesembuhan seperti biasa.

Kredit: mStar

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas