Connect with us

Oh! Media

Suami ‘Ratah Lauk’ Lain Jadi Punca Isteri Dapat HIV Tapi Tetap Sayang

hiv

Trending

Suami ‘Ratah Lauk’ Lain Jadi Punca Isteri Dapat HIV Tapi Tetap Sayang

Sedih bila dengar dugaan orang lain yang perlu melalui perkara yang tak dijangka. Itulah apa yang berlaku kepada seorang wanita yang dijangkiti HIV berpunca daripada kecurangan suaminya sendiri.

ADVERTISEMENT

Kisah ini didedahkan suaminya sendiri di Twitter tahun lalu di mana isterinya tetap memaafkan kesalahannya itu. Isterinya yang menjadi mangsa turut menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dari Tuhan.

Tak sedar dah jangkiti isteri sendiri dengan HIV

Cinta itu sukar. Kadang-kala tuhan menguji kita. Saya banyak kali curang ke atas isteri sendiri sehingga dijangkiti HIV dan tanpa sedar menjangkiti dia juga, tanpa isteri saya sedari.

Kami sedar ia ujian daripada Tuhan dan isteri maafkan saya, kini kami hidup gembira. – Kongsi lelaki itu.

Gejala seks bebas sememangnya menjadi punca utama dalam setiap kes jangkitan HIV yang berlaku. Anak muda zaman sekarang juga terdedah dengan jangkitan ini.

Memetik laporan yang dikeluarkan MyHealth, pesakit yang dijangkiti HIV pada peringkat awal tidak kelihatan sakit dan nampak sihat. Bagaimanapun, berikut kami kongsikan 10 tanda jangkitan HIV yang kita perlu tahu:

  1. Demam
  2. Sakit tekak dan batuk
  3. Sakit oto
  4. Sakit kepala
  5. Cirit-birit
  6. Bengkak kelenjar limfa
  7. Letih
  8. Ruam
  9. Sakit sendi
  10. Turut berat badan

Jika, korang alami perkara ini, jangan abaikan dan lakukan pemeriksaan HIV di klinik atau hospital. Kita juga boleh melakukan ujian segera dengan HIV rapid test kit, dan boleh mendapatkan keputusan dalam masa 15 minit.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas