Connect with us

Oh! Media

Suami Pijak Perut Isteri Kerana Halang Bawa Anak Lepak Minum Arak

Trending

Suami Pijak Perut Isteri Kerana Halang Bawa Anak Lepak Minum Arak

Tergamak betul lelaki ni pijak dan tendang isterinya sendiri hanya sebab dia ditegur bawa anak keluar minum arak. Astaghfirullah, tak layak langsung dipanggil suami!

ADVERTISEMENT

Menurut Berita Harian, kejadian di Bagan Lalang ni berlaku sebab si suami tak boleh terima teguran isteri. Bila dah bengang, dia tumbuk badan dan kepala si isteri, dan tolak mangsa sampai jatuh.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, suspek bukan hanya pijak dan tendang perut si isteri, tapi juga mencekik dan mengugut mahu membunuhnya.

“Anak perempuan berusia 13 tahun kemudiannya cuba membantu mangsa tetapi ditampar bapanya sebelum seorang lagi anak pasangan itu meminta tolong jiran.” – katanya.

Memandangkan suspek dah pun ditahan, semoga dia mendapat balasan yang setimpal. Isteri ni bukannya punching bag untuk kau lepaskan geram. Lain kali, jangan biar rasa marah tu kuasai minda. Buruk padahnya!

Kredit: Berita Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas