Connect with us

Oh! Media

Suami Kesal Isteri Dituduh Gila Harta Selepas Konon Mengidam Ferrari RM5 Juta

ferrari

Trending

Suami Kesal Isteri Dituduh Gila Harta Selepas Konon Mengidam Ferrari RM5 Juta

Kalau sebelum ini viral video isteri mengandung mengidak kereta mewah Lamborghini, kali ini tersebar pula video menunjukkan isteri mengandung mengidam kereta mewah Ferrari RM5 juta. Kali ini penyakit mengidam kereta mewah ini berjangkit pula dekat isteri Raja Zulyadiy iaitu Amira Rosli.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Mengidam Lamborghini RM3 Juta Rupanya Adik Ipar Iqbal

Video yang dirakam di sebuah pusat jualan kenderaan itu menunjukkan Zul hanya bergurau dan mengusik isterinya. Amira kemudian bergurau untuk meminta suaminya membayar RM5 juta dengan duit permaian Saidina.

@rajazulyadiy

Doa kan saya teman2 moga tauke kedai terima duit saidina saya demi beli kereta ferrari untuk isteri tercinta ##IsteringidamFerrari ##fyp @amiraarosli

♬ original sound – Bangcem

Tiktok video

Doakan saya teman2, moga tauke kedai terima duit ‘saidina’ saya demi beli kereta Ferrari untuk isteri tercinta. – Guraunya.

Ramai yang terhibur melihat pasangan suami isteri ini bergurau tetapi ada juga yang terlalu serius sehingga menghina isteri Zul. Individu itu mengatakan isterinya hanya mahukan harta sehingga sanggup menipu suami.

Isteri macam ni dah ada bukti, dia lebihkan harta. Sanggup tipu suami cakap mengidam.. perempuan kalau macam ni dah tertunjuk gila harta. – Komen individu terbabit.

Zul tidak berdiam diri dan menepis tuduhan individu terbabit. Zul menyatakan tidak salah juga sekiranya mereka yang hanya menjual ikan pada waktu pagi memasang impian untuk membeli Ferrari.

Dia tak tau ke sayang, kita pagi-pagi meniaga ikan. Takkan orang macam kita tak boleh angan-angan beli kereta Ferrari, Lamborghini. akkan founder-founder jual produk je boleh (beli)? Kita orang ni tak boleh ke? Kita pun nak beli Ferrari juga kan sayang. – Kata Zul.

@rajazulyadiy

Reply to @dark_meerqeem kami pun nak jugak hmm apa pendapatan anda sila komen 👉🏼 ##fyp

♬ original sound – Bangcem

Tiktok video

Video luahan Zul itu mendapat lebih 130,000 tontonan dan rata-rata pengikutnya menyokong apa yang dikatakannya. Diharapkan agar janganlah kita terlalu serius dengan perkongsian seseorang sehingga menghina mereka. Kalau tidak suka melihat perkongsian seseorang dan tidak ada perkara baik yang hendak dikatakan, anda boleh abaikan sahaja.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas