Connect with us

Oh! Media

Sangka Suami Terkorban Nahas Pesawat, Rupanya ‘Selamat’ Di Rumah Kekasih

Trending

Sangka Suami Terkorban Nahas Pesawat, Rupanya ‘Selamat’ Di Rumah Kekasih

Gempar minggu ini dengan tragedi pesawat Sriwijaya Air yang dipercayai terjunam ke dasar laut di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia. Insiden tersebut telah menarik perhatian dunia untuk ikut sama melaporkan perkembangan tragedi tersebut.

ADVERTISEMENT

Tapi siapa sangka di sebalik kejadian sedih tersebut, ada kisah lain yang terselit yang boleh beri kita pengajaran, lagi-lagi dekat orang yang dah berumah tangga. Ceritanya berlaku pada seorang lelaki di Indonesia yang kita gelar, bos besar.

Menurut laporan, bos besar ni beritahu isteri dia yang dia akan pergi ke Pontianak atas tujuan kerja. Kalau korang nak tahu, pesawat yang sepatutnya dia naik ke Pontianak itu adalah pesawat Sriwijaya Air yang terlibat dalam tragedi tempoh hari. Tapi rupa-rupanya, dia pergi berjumpa dengan scandalnya di Bali.

Bila dah kecoh tentang kemalangan yang menimpa, si isteri pun ingat suami turut terkorban dalam nahas tersebut. Siap dah buat majlis tahlil dan jemput orang untuk mendoakan jenazah. Bos besar pun apa lagi, nak tak nak kena ceritalah hal yang sebenar.

“Sekarang dia bingung mahu kembali ke rumah atau tidak, sebab dekat rumah isterinya sudah menyediakan kerusi dan khemah untuk para tetamu yang datang untuk berkabung.” – video TikTok.

Dari satu side, memang si isteri bersyukur sebab suaminya masih hidup dan tidak terkorban. Tapi dari satu side lagi, rahsia yang selama ini dia simpan rapi dah pun terbongkar. Kantoi busuk pulak tu. Tapi takpelah. Rahsia kalau simpan lama-lama, lambat laun akan tahu juga.

Setidak-tidaknya kita boleh ambil pengajaran yang dalam perhubungan, kita kena berlaku jujur dengan pasangan. Kalau tak, baik tak payah ada apa-apa. Apapun, semoga Allah mengampuni saudara-saudara kita yang terlibat dalam kemalangan ini.

Kredit: TheVocket, Padang Kita

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas