Connect with us

Oh! Tidak

Suami Curang Dengan Cinta Pertama, Ugut Halau Isteri Dan Anak-Anak Keluar Rumah

Gara-gara kekasih lama, seorang lelaki bergelar suami sanggup mengugut untuk meninggalkan isteri dan anak-anak.

Menurut mStar, kisah ini diceritakan seorang wanita menerusi satu perkongsian di laman Facebook. Dalam hantaran itu, si isteri turut memuat naik mesej yang dihantar kekasih suami kepada dirinya.

IKLAN

Dipercayai, wanita tersebut juga merupakan isteri orang dan sudah mempunyai anak.

Mereka kembali menjalinkan hubungan berkemungkinan kerana wanita terbabit mempunyai masalah dengan suaminya.

Suami pun melayan la dia. Kononnya dua-dua tak boleh move on, cinta pertama, katanya.

Wanita itu berniat untuk berpisah tetapi apakan daya dia hanya seorang suri rumah, dan dia tahu kesan buruk yang akan dihadapi jika mereka bercerai.

Nak failkan cerai, saya tak ada langsung tempat nak pergi. Tak ada kerja, tak ada duit. Dengan mak yang tak sihat, dengan anak-anak.

Suaminya juga pernah mengugut mahu menghalau dirinya dan anak keluar dari rumah termasuk ibunya yang sedang sakit.

Selama ni berkongsi satu phone je bertahun, semuanya okey. Baru seminggu lepas suami beli phone lain dan ya, cinta lama bertaut kembali, katanya.

Menurut si isteri lagi, lelaki itu membeli telefon baharu bertujuan untuk berhubung dengan bekas kekasihnya.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas