Connect with us

Oh! Media

Suami Cemburu Tetak Leher Isteri Hamil Hingga Mati

Oh! Tidak

Suami Cemburu Tetak Leher Isteri Hamil Hingga Mati

Berlaku lagi satu kejadian di Tawau angkara perasaan cemburu seorang suami dimana dipercayai menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati di ladang kelapa sawit, kelmarin, lapor Berita Harian.

ADVERTISEMENT

Dilaporkan mangsa yang dikenali sebagai Norhasnah Sahanin, 20-an ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah kongsi di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-Semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata siasatan awal mendapati suspek yang merupakan seorang warga asing berumur 22 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang di situ melarikan diri selepas kejadian.

“Suspek akhirnya ditahan selepas tujuh jam bersembunyi di ladang kelapa sawit  kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian”

Polis merampas sebilah parang bersama sarung parang biru dan sehelai seluar panjang.

Dikatakan suami mangsa bertindak sedemikian kerana mengetahui hubungan sulit isterinya dan didapati terdapat kesan tetakan di bahagian leher mangsa yang dipercayai ditetak oleh suspek menggunakan senjata tajam.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top