Connect with us

Oh! Media

Status PKP Dilanjutkan Ataupun Tidak Akan Diumumkan Esok

Trending

Status PKP Dilanjutkan Ataupun Tidak Akan Diumumkan Esok

Korang rasa PKP akan dilanjutkan lagi atau tidak di keempat-empat negeri yang sedang dikuatkuasakan sekarang ni? Kalau korang nak tahu, perkara ini akan dibincangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negeri (MKN) yang dipengerusikam Perdana Menteri, Tan Sti Muhyiddin Yaasin petang ini.

ADVERTISEMENT

Keputusan sama ada ianya dilanjutkan ataupun tidak selepas 4 Mac ini akan diumumkan esok. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu membentangkan penilaian risiko terlebih dahulu sebelum keputusan dapat dibuat dalam sidang media petang ini kata Menteri Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Saya pasti pasukan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan akan membentangkan penilaian risiko pada mesyuarat itu, kami akan bincangkan dan menilainya sebelum membuat keputusan.

Keputusan itu juga berdasarkan kepada pengalaman dan data yang diperoleh sejak setahun lalu.

Sebagai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, penjelasan akan diberikan kepada rakyat bagi setiap keputusan yang diputuskan.

Jadi, korang rasa dilanjutkan ataupun tidak. Sekiranya tidak dilanjutkan pun diharapkan agar semua dapat beri kerjasama untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas