Connect with us

Oh! Media

Stadium Bola Sepak Akan Dibuka?

Stadium

Trending

Stadium Bola Sepak Akan Dibuka?

Kerajaan mungkin akan membuka semula stadium bola sepak tak lama lagi. Mesti ramai yang dah gian nak pergi stadium untuk bersorak kan?

ADVERTISEMENT

BACA : Lebih Banyak R&R PLUS Akhirnya Dibuka Untuk Perantau

Menurut laporan Astro Awani, kerajaan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian bagi pembukaan stadium dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu.

Ianya bertujuan untuk menjamin keselamatan penyokong yang hadir dan dapat meraikan kemeriahan Piala Malaysia apabila dibuka nanti.

Perkara ini kalau kita dapat lakukan sekali lagi dengan SOP yang ketat. Peminat bola sepak nanti jika ia dibuka, sila patuh SOP.

Katanya lagi, keputusan untuk membenarkan pembukaan gimnasium dan sukan tertutup selepas hampir enam bulan tidak beroperasi telah dibuat dalam mesyuarat hari ini.

Apapun, semoga terus mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda ini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas