Connect with us

Oh! Media

Sofyank Harumkan Nama Negara, Menang Anugerah Peringkat Antarabangsa

Trending

Sofyank Harumkan Nama Negara, Menang Anugerah Peringkat Antarabangsa

Kebanyakan anak muda pada masa sekarang mempunyai hobi yang memberi manfaat kepada mereka dan orang sekeliling seperti dalam menghasilkan video. Content yang dihasilkan juga memainkan peranan penting supaya dapat memberi kebaikan kepada orang ramai.

ADVERTISEMENT

Rasanya ramai yang mengenali anak muda iaitu Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian yang cukup popular dengan video-videonya yang kreatif.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia telah dinobatkan sebagai pemenang dalam Anugerah Antarabangsa The Extra Mile Award.

Dia cukup berterima kasih kepada Zach King, individu yang memberi inspirasi kepadanya kerana memberi peluang kepada dia dan rakan-rakan yang lain untuk berkongsi hasil kreativiti mereka dalam membuat video.

Tidak lupa juga Sofian juga berterima kasih kepada rakan-rakannya yang lain kerana bantu menyumbang idea untuk mereka hasilkan video-video yang menarik. Tahniah Sofian!

Kredit: Instagram Sofyank

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas