Connect with us

Oh! Media

Singapura Tambah Satu Lagi Kes Varian Omicron

satu lagi kes

Trending

Singapura Tambah Satu Lagi Kes Varian Omicron

Dua kes varian Omicron telah dikesan di Singapura pada beberapa hari lepas dan terkini, satu lagi kes import dari Singapura telah dikesan memberikan keputusan positif ujian awal varian Omicron.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Kes Positif Varian Omicron Dikesan Di Singapura

Menurut laporan Sinar Harian, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menyatakan kes tersebut semakin pulih dan dirawat di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID).

Kes ketiga di Singapura

satu lagi kes

Menurut KKM, kes ketiga yang dikesan ini dari seorang lelaki penduduk tetap Singapura yang tiba dari Afrika Selatan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Disember.

Beliau sudah lengkap divaksin, dan mempunyai simptom tidak ketara dengan demam dan sakit tekak. Beliau juga tidak berinteraksi dengan masyarakat, dan pada masa ini tiada bukti penularan komuniti daripada kes itu.

Sebelum berlepas dari Johannesburg pada 29 November lepas, keputusan ujian Covid-19 lelaki itu adalah negatif. Namun, ujian tindak balas rantai polimerase pada 1 dan 3 Disember menunjukkan keputusan negatif, semasa beliau dikuarantin di kemudahan khusus Notis Duduk Rumah (SHN).

Selepas mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Disember, pesakit telah membuat ujian dan dihantar ke NCID dan mendapati keputusannya adalah positif varian Omicron.

Pesakit juga difahamkan berada di dalam penerbangan yang sama dengan dua kes awal positif varian Omicron sebelum ini, yang dikesan sebagai jangkitan pertama di Singapura.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas