Oh! Tidak
“Sibatnya Kantoi…” – Wanita Loya Tengok Housemate Rendam ‘Cup Period’ Dalam Cawan Minum
Jijik! Housemate selamba guna cawan minum untuk rendam ‘cup period’.
Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mengundang rasa jijik ramai apabila seorang wanita mendakwa dirinya terminum air yang pernah digunakan rakan serumahnya untuk merendam cup period.
BACA: “Penyewa Dari Neraka” – Lelaki Puas ‘Housemate’ Pengotor Akhirnya Dihalau Keluar Rumah
Menerusi hantaran di platform Threads, seorang wanita meluahkan rasa tidak percaya apabila mendapati rakan serumahnya merendam menstrual cup dalam cawan yang selalu digunakan untuk minum.
“Kantoi housemate rendam cup period dalam cawan minum”
Menurutnya, dia berasa mual dan muntah beberapa kali selepas mengetahui perkara itu.

Wanita itu turut berkongsi bahawa dia pernah melihat kes serupa di media sosial sebelum ini, namun tidak menyangka perkara tersebut berlaku padanya sendiri.
Pssttt! Perkongsian ini jelas menunjukkan pentingnya menjaga kebersihan dan menghormati ruang peribadi orang lain, terutama apabila berkongsi tempat tinggal. Tindakan seperti ini bukan sahaja menjijikkan tetapi boleh menjejaskan hubungan dan kesihatan sesama penghuni rumah.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM