Connect with us

Oh! Media

Siap Lengkap Beruniform, Remaja Menyamar Sebagai Pegawai Tentera Ditahan

Oh! Tidak

Siap Lengkap Beruniform, Remaja Menyamar Sebagai Pegawai Tentera Ditahan

Sejak akhir-akhir ini, terdapat beberapa kes membabitkan individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai pihak berkuasa bagi meraih keuntungan peribadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja 19 Tahun Menyamar Sebagai Inspektor Polis Berjaya Diberkas Di Johor!

Ia seakan-akan menjadi trend terbaharu bagi menjalankan aktiviti jenayah seperti menyamun serta memperdaya orang awam oleh kerana cara penyamarannya menyerupai anggota polis.

Perkara itu jelas mencetuskan kebimbangan orang ramai serta mampu menjatuhkan maruah dan nama baik polis dek kerana aktiviti tidak bermoral itu.

Remaja berusia 19 tahun ditahan, menyamar jadi pegawai tentera

Bagaimanapun, tindakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang cuba menyamar sebagai pegawai tentera dan melakukan aktiviti jenayah akhirnya membawa padah apabila dia diberkas pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, remaja tersebut ditahan pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan pegawai tentera dan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah.

Hasil serbuan yang dilakukan di rumah suspek pada Selasa lalu di Taman Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, pihaknya telah menemukan sepasang pakaian lengkap pasukan tentera.

Sumber: Sinar Harian

Barangan ketenteraan yang ditemui termasuklah tiga pasang pakaian serta pangkat kapten dan aksesori, kasut, tali pinggang Kor Artileri, beret merun, stoking hijau dan apulet loreng berpangkat Leftenan Kolonel.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek memperoleh kesemua kelengkapan pakaian itu menerusi pembelian secara dalam talian.

Terlibat dalam kes penipuan, bakal terima hukuman berat

Dalam pada itu, Arshad juga turut membongkar aktiviti jenayah yang dilakukan oleh suspek termasuklah memperdayakan wang orang awam.

Hal itu selepas pihaknya mendapati terdapat seorang lelaki yang mempunyai masalah peribadi dan urusan perkahwinan telah menjadi mangsa penipuan sehingga mengalami kerugian setinggi RM21,400.

Suspek didapati membawa watak yang berlainan iaitu menyamar sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi melalui perbualan di aplikasi WhatsApp sebelum memperdaya mangsa.

Lebih mengejutkan, suspek juga turut disyaki terbabit dalam satu kes liwat selepas menerima sebuah laporan daripada seorang mangsa dalam kejadian pada 23 hingga 25 November lalu.

Bagaimanapun, suspek telah ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas