Connect with us

Oh! Media

Setahun Tak Bertemu, Tangisan Anak Disamping Bapa Buat Netizen Sebak

Trending

Setahun Tak Bertemu, Tangisan Anak Disamping Bapa Buat Netizen Sebak

Sejak negara kita dilanda wabak pandemik, boleh dikira hampir setahun masyarakat berkurung di rumah masing-masing selepas kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti di luar rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pandangan Sayu Kosong” – Anak Kecil Cuba Senyum, Rindu Arwah Mama Buat Netizen Sebak

Keadaan itu memaksa individu yang bekerja jauh ke luar negeri untuk bertahan tanpa dapat bertemu dengan keluarga tersayang, lebih-lebih lagi yang sudah berumah tangga.

Sudah semestinya panggilan telefon serta menjengah gambar-gambar bersama tersayang menjadi salah satu cara untuk pengubat rindu kepada mereka.

Ibu kongsi detik tangisan anak bertemu bapa selepas hampir setahun berpisah

Perkara tersebut turut dirasai oleh seorang bapa apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak serta isterinya selama setahun akibat dari pandemik yang berlaku.

Namun, pengakhiran tersebut berakhir apabila seorang ibu telah berkongsikan detik sedih tiga anaknya yang menangis teresak-esak ketika bertemu bapanya setelah lama terpisah.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, suasana hiba itu dirakam oleh isteri kepada lelaki tersebut pada waktu malam.

https://www.tiktok.com/@mark_yoi/video/7028564785268641050?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029141839936996866

Berdasarkan video tersebut, pada awalnya si bapa cuba berlakon sebagai seorang penghantar makanan dan dilihat isteri serta seorang anak perempuannya menyambut kedatangan rider tersebut.

Kemudian, anak perempuannya itu mula berasa hairan dan terus bertanya kepada ibunya selepas melihat lelaki tersebut meletakkan motosikal di hadapan rumah.

Lelaki tersebut terus datang ke hadapan pintu rumah menyebabkan anaknya itu terkaku seketika sebelum menjerit dan memeluk ayahnya sambil menangis teresak-esak.

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang anaknya turut meluru ke arah lelaki berkenaan sambil menjerit perkataan ‘ayah’ sekaligus menimbulkan suasana sebak di rumah tersebut.

Netizen turut beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa sebak terhadap perkongsian itu sehingga membuatkan sebilangan daripada mereka mengalirkan air mata.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada sejuta tontonan serta mendapat 127,000 tanda suka.

Kredit: TikTok mark_yoi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas