Connect with us

Oh! Media

Seronok Main Meriam Karbaid Di Tengah Pekan, Tiga Lelaki Didenda RM100

meriam karbaid

Trending

Seronok Main Meriam Karbaid Di Tengah Pekan, Tiga Lelaki Didenda RM100

Rasanya korang mesti ada tengok video sekumpulan individu dengan bangganya berkongsi bunyi meriam karbaid diorang dekat media sosial baru-baru ni.

ADVERTISEMENT

Terkini, diorang sudahpun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyalakan meriam karbaid pada 7 April lalu.

Dua dari tiga terduduh didapati menyalakan meriam dan seorang lagi didapati merakam dan viralkan perbuatan salah itu di media sosial. Mereka bertiga didenda RM100 atas kesalahan terbabit.

Kelakuan mereka lebih bahaya apabila menyalakan meriam itu di tengah pekan di tepi Jalan Permatang Rawa di hadapan kedai makan Pokok Nyok di Bukit Mertaja, pada jam 11 malam.

Kesalahan ini boleh didakwa mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan atau denda RM100 atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

@beritahairanmy Seronok main meriam bang? #meriam #permatangrawa #beritahairan #hairan #videotiktok #beritaditiktok ♬ original sound – Berita Hairan

TikTok video

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas