Connect with us

Oh! Media

Seramai 50 Individu Ditahan Isu Rasuah Yang Membabitkan Kakitangan Jabatan Imigresen

Trending

Seramai 50 Individu Ditahan Isu Rasuah Yang Membabitkan Kakitangan Jabatan Imigresen

Dalam tahun ini saja dah berapa banyak kes rasuah yang terbongkar dan baru-baru ini menerusi Ops Selat, empat lagi individu berjaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara.

ADVERTISEMENT

Keempat-empat individu ahli sindiket terbaru ini berjaya ditangkap SPRM semalam dan mereka yang terbabit dalam lingkungan usia 28 hingga 52 tahun. 

Salah seorang termasuk seorang pegawai imigresen dan tiga orang agen pekerja asing.

Hasil pendedahan ini mendapati sindiket ini membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.

Ejen-ejen luar negara juga terbabit dalam rasuah urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara, tambah lagi dekat kaunter-kaunter Imegresen di KLIA dan KLIA 2.

Mana-mana pelawat yang disenaraihitam dan ingin masuk ke Malaysia atas aturan sindiket akan dimaklumkan nama, nombor pasport dan jadual penerbangan mereka kepada ejen-ejen di Malaysia.

Ejen akan berhubung dengan pegawai Imigresen di KLIA dan KLIA 2 untuk mengatur (setting) kaunter yang akan membantu meloloskan pekerja asing atau pelawat asing masuk dengan mudah ke Malaysia.

Begitu juga dengan proses keluar dari negara ini membabitkan individu yang senaraihitam, pas lawatan tamat tempoh dan pasport palsu.

Hanya kaunter-kaunter tertentu di KLIA dan KLIA 2 akan digunakan oleh pekerja atau pelawat asing.

Menurut Harian Metro, Datuk Norazlan Bin Mohd Razali selaku Pengarah Siasatan SPRM juga mengatakan yang mungkin akan lagi ramai yang ditangkap selepas ini dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Buat masa ini, seramai 50 individu telah ditahan yang membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 agen pekerja asing dan 5 orang awam. Bukan tu jer, SPRM turut merampas 26 buah kereta mewah, wang tunai lebih dari RM800,000 dan 4 motosikal berkuasa tinggi.

Kalau korang nak tahu, kesemua kereta kewah itu diberikan kepada anggota imigresen sebagai upah membantu mereka menjalankan kegiatan haram ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca beri upah kereta mewah demi amik hati imigresen di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas