Connect with us

Oh! Media

“Seperti Ada Pusaran Air” – Wanita Reda Pemergian Dua Insan Tercintanya

Trending

“Seperti Ada Pusaran Air” – Wanita Reda Pemergian Dua Insan Tercintanya

Sebelum ini, kita digemparkan mengenai kejadian melibatkan dua orang individu yang cuba untuk menyelamatkan maknya yang hampir lepas di Sungai Air Beruk, Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Lelaki Meninggal Dunia Selepas Selamatkan Mak Yang Hampir Lemas

Namun, lelaki yang terdiri daripada anak serta menantu kepada wanita itu bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian manakala maknya berjaya diselamatkan.

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala maknya dilaporkan sudah dalam keadaan yang stabil.

Mak mangsa dedah kisah semasa kejadian

Sehubungan itu, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hamidah Jidin mengakui sedih melihat kedua-dua insan tercintanya terkorban dalam kejadian berkenaan.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu menyebabkan dirinya telah kehilangan anak bongsunya, Abdul Rahman serta menantunya, Ahmad Asymuni Idris.

Menurutnya, mereka mengambil keputusan beridah di kawasan tersebut oleh kerana anak-anak, cucu-cucu serta menantunya telah pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi sudah lama mereka tidak melawat sungai tersebut.

ABDUL RAHMAN RAMLI (Kiri) dan AHMAD ASYMUNI IDRIS (Kanan)

Bercerita tentang kejadian, dia ketika itu hanya berada di gigi sungai sambil memerhatikan cucu-cucunya supaya tidak turun ke sungai.

Saya bimbang cucu-cucu hendak turun ke dalam air dan cuba mengawal mereka kerana keadaan air agak deras ketika itu.

Namun secara tiba-tiba, dia terasa seperti terdapat pusaran air yang menariknya ke belakang sehingga rebah dan hanyut ke dasar sungai.

Tiba-tiba saya terasa seperti pusaran air menarik ke belakang menyebabkan saya rebah dan hanyut ke dasar sungai.

Saya tidak sangka anak-anak dan menantu sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan saya, sehinggakan mereka sendiri terkorban.

Saya reda atau apa yang berlaku, ini ketentuan Ilahi.

Sementara itu, jenazah Abdul Rahman dan Ahmad Asymuni dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Padang Langgar, Kerunai, hari ini.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas